Wednesday, November 5, 2014

Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Pendidikan Khas Negeri Perlis 2014.

Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Pendidikan Khas Negeri Perlis 2014.

Tarikh : 14 dan 15 Mei 2014

Tempat : Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Perlis (SKPK)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Syukur Alhamdulliah dapat bertemu kembali untuk berkongsi info dan maklumat kepada anda yang sudi membaca blog PPKIBP SMK Arau pada kali ini. 

Pada 14 dan 15 Mei 2014, telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Pendidikan Khas Negeri Perlis 2014 di SK Pendidikan Khas. Sebanyak 7 kategori telah dipertandingkan selama 2 hari. Antara kategori yang dipertandingkan ialah :-

1. Tilawah Al-Quran
2. Hafazan Al-Quran
3. Bercerita Kisah Dari Al-Quran
4. Khat Jawi
5. Azan Subuh
6. Mewarna
7. Nasyid


PPKIBP SMK Arau telah mempertaruhkan beberapa calon yang layak untuk bertanding mengikut kategori yang bersesuaian dengan keupayaan murid khas. Walaupun terdapat 2 kategori yang gagal memperoleh sebarang anugerah iaitu Tilawah Al-Quran dan Azan Subuh, namun kami tetap berbangga kerana mendapat anugerah untuk kategori lain walaupun bukan tempat pertama. Tahniah di atas kejayaan mereka.

Pada tahun ini, PPKIBP SMK Arau telah memecah rekod dalam kategori nasyid. PPKIBP SMK Arau menjuarai kategori tersebut mengalahkan sekolah-sekolah lain. Kehebatan nyayian nasyid para murid PPKIBP telah memukau mata juri yang mengadili kategori tersebut. Berkat usaha gigih semua murid, guru dan PPM. Taniah kepada kesemua yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung.



Cikgu Rozita melatih nasyid

Cikgu Maisarah mengajar alat muzik

Latihan nasyid di pentas dewan SMK Arau


Daniel Iman memperdengarkan bacaan Surah Al-Ihsan

Ilyas dalam kategori bercerita kisah nabi

Persembahan nasyid oleh guru-guru

Peserta nasyid sebelum persembahan

Kehadiran Ketua Unit, Tuan Hj Shadan b. Yahya

Ketua Sektor Pendidikan Khas, Encik Suhaimi Bin Mohd Nor bergambar bersama guru-guru

Kejayaan murid:

1. Effa Husna binti Andullah  - Hafazan Al-Quran ( tempat ke-3)
2. Mohammad Nur Ilyas bin Mohd Zaidi - Bercerita Kisah Dari Al-Quran - (tempat ke 3)
3. Lim Xian Er -Khat Jawi (tempat ke 2)
4. Hamizan binti Hasyim - Mewarna Down Sindron (tempat ke 3)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...