Friday, April 19, 2013

SELAMAT DATANG & SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Tn. Hj. Azni bin Man
BERSEMPENA dengan pertukaran Puan Hajah Azizah binti Jafar ke SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, tempat beliau telah diisi oleh Tuan Haji Azni bin Man selaku Pengetua di SMK Arau. Majlis menyambut kedatangan beliau ke sekolah ini telah berlangsung pada 14 Januari 2013.

Ketibaan Tuan Haji Azni bin Man telah disambut oleh barisan guru dan pengawas sekolah. Seterusnya beliau telah diiring ke Bilik Mesyuarat untuk satu taklimat bersama wakil PIBG sekolah dan guru-guru yang terlibat.

Pihak PPKIBP SMK Arau secara khususnya ingin mengucapkan selamat datang kepada Tuan Pengetua dan selamat memulakan tugas di sekolah ini.


Ketibaan Tn. Hj. Azni bin Man disambut oleh guru-guru SMK Arau

Bersalaman dengan barisan pengawas yang turut mengalu-alukan kedatangan pengetua baharu

Tuan Pengetua bersama guru-guru bergerak ke Bilik Mesyuarat

Bersedia untuk memulakan taklimat

Encik Ghazali bin Ahmad memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan 

Barisan guru yang hadir pada majlis tersebut
Ucapan daripada Tuan Pengetua, Tn. Hj. Azni bin Man
----------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...