SESI persekolahan bagi tahun 2013 yang bermula pada 2 Januari 2013 yang lalu telah menyaksikan PPKIBP SMK Arau menerima seramai 22 orang pelajar baru secara keseluruhannya. Setiap murid yang mendaftar akan melalui ujian diagnostik untuk menentukan tahap pencapaian akademik mereka dan seterusnya melaksanakan proses penempatan mengikut kelas-kelas.
Majlis dimulakan dengan pendaftaran para pelajar kemudian diikuti taklimat ringkas oleh encik Roslan bin Othman selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Arau. Taklimat yang disampaikan kepada ibubapa dan waris pelajar keseluruhannya adalah menyentuh mengenai proses pengajaran dan pembelajaran PPKIBP dan keadaan semasa yang berlaku. Wakil pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis juga telah menyampaikan sedikit taklimat berkenaan masalah kekurangan kelas yang tidak selari dengan pertambahan bilangan pelajar pada tahun ini. Seterusnya ujian diagnostik telah dijalankan kepada para pelajar yang terlibat untuk proses penempatan mengikut kelas.
|
Wajah-wajah keluarga baru PPKIBP SMK Arau |
|
Cikgu Roslan menyampaikan taklimat kepada para pelajar |
|
Taklimat kepada ibubapa dan waris pelajar |
|
Taklimat daripada wakil pegawai JPN Perlis |
|
Cikgu Sarina memantau pelajar baru yang sedang menjawab soalan ujian diagnostik |
|
Salah seorang pelajar yang sedang fokus menjawab soalan
--------------------------------------------------------------------------------------------- |
No comments:
Post a Comment