Showing posts with label LTDL. Show all posts
Showing posts with label LTDL. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

LTDL 2013



PADA 21 Februari 2013, seawal jam 9.30 pagi, pelajar-pelajar PPKIBP telah siap berbaris ditepi lebuhraya bagi memberi sokongan kepada pasukan-pasukan berbasikal ternama dunia sambil mengibarkan bendera.

Bahang LeTour De Langkawi 2013 lebih terasa sebaik sahaja pelumba-pelumba melintasi pelajar dengan sorakan dan kibaran Jalur Gemilang. Raja Muda Perlis, Tuanku Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sendiri yang melepaskan pelumba-pelumba tepat pada pukul 10.00 pagi dari perkarangan Dataran Dato’Sheikh Ahmad. Keputusannya, Theo Bos juara peringkat pertama , Kangar – Kulim  pada hari pertama Le Tour De Langkawi 2013.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...