Saturday, August 31, 2013

MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA


Majlis ini berlangsung pada 2 Ogos iaitu pada hari Jumaat bertempat di surau SMK Arau. Pn Maisarah binti Ahmad selaku guru Hal Ehwal Murid PPKIBP Smk Arau membawa 26 orang pelajar yang layak untuk menerima sumbangan hari raya di surau sekolah. Aturcara majlis bermula pada pukul 7.50 pagi .Pelajar  yang terdiri daripada anak yatim dan dari keluarga miskin dikehendaki berkumpul disurau sekolah.Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin , dan diikuti ucapan ringkas oleh Pengetua SMK Arau iaitu Tn Hj.Azni bin Man. Pemberian sumbangan Aidilfitri bermula pada pukul 8.30 pagi.Majlis bersurai pada pukul 9.30 pagi.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...