Tuesday, September 3, 2013

LAPORAN AKTIVITI TERAPI BOLING

Aktiviti ini dijalankan pada 9 Julai 2013 (Selasa). Seramai 53 orang pelajar, 13 orang guru dan 3 orang pembantu pengurusan murid telah mengikuti dengan jayanya. Terapi boling ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih meningkatkan kemahiran sosial, lebih berdisplin dan meningkatkan lagi kemahiran memberi dan menerima arahan terutamanya semasa menaiki bas dan juga menaiki tangga untuk ke tempat permainan boling. Para pelajar juga diajar untuk memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki. Setiap pelajar akan membuat 10 balingan.Ternyata terapi boling ini mendapat sambutan yang amat baik daripada pelajar-pelajar ini, kerana mereka begitu menitik beratkan displin semasa membuat balingan kerana masing-masing bersaing untuk mendapat markah yang tinggi.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...