Tuesday, September 3, 2013


Pada 29 Ogos 2013 telah diadakan Majlis sambutan hari raya Aidilfitri peringkat dalaman PPKIBP SMK Arau.  Pada hari tersebut para pelajar dikehendaki datang ke sekolah dengan memakai pakaian hari raya. Masing –masing bergaya dengan baju raya masing-masing. Jumlah pelajar yang hadir adalah seramai 45 orang. Majlis bermula  seawal  8.30 pagi iaitu selepas perhimpunan pagi.  Pelajar dari kelas 1 dan kelas 2 diminta membantu guru menyiapkan makanan untuk dihidangkan serta menyusun pinggan mangkuk,gelas disudut yang telah ditetapkan.Manakala pelajar kelas 3 dan 4 dikehendaki menyusun meja dan kerusi didepan perkarangan blok PPKI bagi mempercepatkan  rakan mereka menghidangkan juadah.
                Pada pukul  10.30,semua makanan telah siap dihidangkan.Menu utama yang ditempah iaitu nasi beriani,ayam masak merah, daging masak hitam serta acar.Pelajar dihidangkan dengan jus tembikai.Ketupat, rendang,roti jala,kari ayam antara juadah wajib dihidangkan pada hari raya.Tambahan menu untuk tahun ini adalah soto.Sebanyak 400 cucuk sate telah disponsor oleh cikgu Chan BeeChin untuk majlis ini.Semua makanan dan minuman adalah sumbangan daripada semua guru dan staf PPKIBP sendiri. Para pelajar juga tidak terkecuali dan ramai dikalangan pelajar membawa kuih raya,kek dan popiah goreng,kerepek yang disediakan oleh ibu bapa mereka.

                Sepanjang majlis berlangsung,para pelajar diperdengarkan dengan lagu hari raya.Antara lagu-lagunya adalah seperti lagu Suasana di Hari Raya, Suatu Hari Di hari Raya dan Selamat Hari Raya.Para pelajar turut sama menyanyikan lagu tersebut. Majlis berakhir dengan pemberian duit raya kepada pelajar-pelajar.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...