Thursday, November 13, 2014

Program Amali Penyembelihan dan Hari Terbuka 2014

Program Amali Penyembelihan dan Hari Terbuka 2014.


Tarikh : 14 Ogos 2014
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi hingga 1.20 petang
Tempat : Blok PPKIBP SMK Arau, Perlis.


Program Amali Sembelihan dan Hari terbuka 2014 merupakan program dua dalam satu yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas melalui proses pembelajaran secara pengalamian. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kekeluargaan di antara semua warga PPKIBP SMK Arau bersama ibu bapa yang terlibat.

Objektif program :
  1. Memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukan amali penyembelihan secara "hands on"
  2. Memberi ruang dan peluang kepada warga PPKIBP untuk melakukan aktiviti bersama para ibu bapa.
  3. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai melalui aktiviti yang dijalankan.

























Ustaz Mohd.Amin bin Hassan dan Ustaz Nuruk Azri bin Abdullah telah dijemput untuk membimbing para pelajar melakukan amali penyembelihan. Seramai 15 orang pelajar lelaki telah dipilih untuk melaksanakan amali penyembelihan ini. Mereka diajar tertib penyembelihan ayam dan seterusnya melakukan sendiri aktiviti penyembelihan. Ia turut diperhatikan oleh ibu bapa yang hadir.

Ketua Unit Pendidikan Khas, Tn.Hj Shahdan bin Yahya turut hadir untuk melihat dan memantau  program Pra Hari Q yang dijalankan pada masa yang sama. Beliau tiba bersama Encik Zakri bin Murad selaku Penyelia Pendidikan Khas Sekolah Rendah dan Pra Sekolah. Beliau dapat melihat sendiri bagaimana proses pembuatan roti dan pastri dijalankan oleh  para pelajar yang terlibat.

Aktiviti memasak dijalankan  secara bergotong-royong oleh ibu bapa/waris, guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan pra pelajar yang dipilih. Di antara menu masakan yang telah disediakan ialah  gulai ayam kunyit, ulam-ulaman dan sambal belacan.

Selesai sahaja aktiviti memasak, makanan dihidangkan  di ruang ligar blok pendidikan khas. Para guru, ibu bapa dan pelajar telah bersama-sama menjamu selera. Penganjuran program amali sembelihan dan hari terbuka merupakan 2014 ini merupakan satu wardah untuk melahirkan para pelajar yang lebih berilmu dan seterusnya meningkatkan kerjasama dan semangat kekitaan diantara warga PPKIBP SMK Arau dan ibu bapa.

Festival Nasyid dan Khatam Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2014

Hari : Selasa hingga Khamis
Tempat : Di Permai Inn, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tarikh : 26 hingga 28 Ogos 2014

Pada 26 hingga 28 Ogos 2014 yang lalu, seramai 12 orang pelajar dengan diiringi 3 orang guru pengiring dari Program Pendidikan Khas Arau telah mewakili Negeri Perlis ke Festival Nasyid dan Khatam Al-Quran Pendidikan Khas Kebangsaan bagi kategori nasyid Bermasalah Pembelajaran (BP) Sekolah Menengah yang diadakan di Negeri  Terengganu Darul Iman.

Pelajar-pelajar yang terlibat ialah Farisha, Effa Husna, Madina, Abdul Rahim Ezzat, Muhammad Danial Iman, Muhammad Tarmizi, Muhammad Azeli, Muhammad Syakirim, Muhammad Nur Ilyas, Muhammad Shahmi, Muhammad Nazrul dan Sumeet. Manakala Nasyid bagi kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) Sekolah Rendah seramai 12 orang peserta juga dengan diiringi 4 orang guru pengiring. Pelajar terlibat adalah pelajar yang terpilih dari 4 program pendidikan khas sekolah rendah iaitu pelajar dari SK Kuala Perlis, SK Simpang Empat, SK Padang Besar dan SK Putra. Ketua Kontijen kami ialah Puan Huzaimah binti Muain, manakala Pengurus pasukan ialah Pn Suhana binti Ishak. Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas yang disewa khas oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.






Acara perasmian dan penutupan telah dirasmikan oleh Dato Hj Mohd Zubir Biun Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. SMK Arau hanya menduduki tempat ke 10 daripada kontinjen yang bertanding. SMK Arau mendapat hadiah saguhati RM250.00 daripada penaja. Insayaallah kami akan lakukan yang terbaik jika diberikan peluang pada tahun hadapan.

Terapi Seni dan Terapi Muzik 2014

Terapi Seni : Isnin (3/11/2014)
Terapi Muzik : Khamis (6/11/2014)

Terapi Seni dan Terapi Muzik merupakan salah satu aktiviti santai untuk para murid Pendidikan Khas. Aktiviti ini telah dijalankan di ruang legar blok Pendidikan Khas. Ianya melibatkan semua murid PPKIBP SMK Arau. 

Terapi seni telah dikendalikan oleh Puan Maisarah. Bentuk aktiviti tersebut ialah pelajar diminta untuk membuat 'Hand Painting', iaitu para pelajar dikehendaki mengguna tapak tangan untuk mengecop warna air ke atas kertas lukisan.








Manakala terapi muzik pula ianya telah dikendalikan oleh Cikgu Chan. Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan diagihkan alat-alat muzik untuk menghasilkan bunyi. Alat-alat tersebut adalah terdiri daripada gelas,berus, kertas lukisan dan sebagainya.







Program Kem Motivasi PPKIBP SMK Arau 2014

Tarikh  : 7 hingga 8 November 2014 
Hari     : Jumaat hingga Sabtu

Program Kem Motivasi PPKIBP SMK Arau pada tahun ini mendapat sambutan yang  amat baik daripada para guru,PPM dan murid. Ibu bapa memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kami murid lelaki diagihkan beberapa kumpulan untuk tidur di dalam khemah. Manakala murid perempuan ditempatkan di dalam kelas-kelas kerana khemah tidak mencukupi.

Tentatif Program
(7 November 2014 - Jumaat)
3.00 petang - Pendaftaran/Taklimat/Minum Petang
4.00 petang - Ice Breaking
5.00 petang - LDK 1- Warna Diri
6.00 petang - Solat Asar
6.30 petang - Makan malam/Rehat/Bersih Diri/Solat Maghrib/Tazkirah/Solat Isya'
8.45 malam - LDK 2 - 'Wonder Pets'
10.00 malam - Aktiviti Kembara Malam
10.30 malam - Minum malam
11.00 malam - Kemas diri / tidur

(8 Novemver 2014- Sabtu)
5.00 pagi - Bangun/Urus Diri/ Solat Subuh
7.00 pagi - Senamrobik
7.30 pagi - Sarapan
8.30 pagi - LDK 3 - Pertandingan 'Chef Muda'
11.00 pagi - Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah
12.00 tengahari - Jamuan makan tengahari
12.30 tengahari - Membuka dan menyimpan khemah/berkemas untuk pulang ke rumah                                  masing-masing
2.00 petang - Bersurai

Program ini berjalan dengan lancar dan adakalanya terdapat gelagat daripada murid yang mencuit hati kami. Diharap program ini dapat diteruskan pada tahun depan.


Program Majlis Graduasi Pelajar 2014

Tarikh : 4 November 2014
Hari : Selasa
Masa : 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Ruang Legar, Blok PPKIBP SMK Arau.


Program ini disasarkan kepada semua pelajar yang akan menamatkan sesi pengajian mereka pada tahun 2014 ini. Seramai lima (5) orang pelajar yang akan menerima sijil masing-masing. Pelajar-pelajar tersebut ialah;-


  1. Muhammad Qusyairie bin Ishak
  2. Noor Hayati binti Shadan
  3. Rosnani binti Hussin
  4. Nursyahirah binti Azis
  5. Madina binti Abdullah
Program ini turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar yang menerima sijil. Alhamdulliah program ini telah berjalan dengan lancar.












Lawatan Kerjaya PPKIBP SMK Arau Ke ladang Anggur Tasik Beris Sik dan Terapi Pasir Di Pantai Merdeka kedah Darul Aman.

Hari : Khamis
Tarikh : 30 Oktober 2014


Pada 30 Oktober 2014, Program Pendidikan Khas SMK Arau telah mengadakan lawatan ke Ladang Anggur Tasik Beris dan Terapi di Pantai Merdeka Kedah darul Aman. Seramai 43 orang pelajar, 11 orang guru dan 4 orang PPM mengikuti program ini. Destinasi pertama kami ialah Ladang Anggur. Kami tiba di Ladang Anggur Beris pada pukul 11.15 pagi. Ladang Anggur yang terletak di Lot 264 kampung Ternas, Sik ini diusahakan oleh Syarikat Excel Agrotech Sdn.Bhd. Ladang seluas 34 ekar ini mempunyai 4 jenis buah anggur iaitu Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Merdeka untuk aktiviti terapi pasir.











Kami tiba di Pantai Merdeka pada pukul 3.30 petang. Disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan kami terpaksa membatalkan aktiviti terapi pasir. Kami menggantikan aktiviti tersebut dengan membuat permainan yang dinamakan bola 'King Kong'. Aktiviti tamat pada pukul 5.00 petang.










Selepas urus diri, solat jamak dan qasar zohor dan asar, kami meneruskan perjalanan balik dan aktiviti membeli belah di Tesco Mergong. Selepas Jamak dan Qasar solat Maghrib dan Isyak kami membawa pelajar-pelajar membeli belah barang keperluan mereka. Kami bertolak pulang dari Tesco Mergong pukul 9.15 malam dan sampai di SMK arau pada pukul 10.15 malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...