Thursday, November 13, 2014

Program Amali Penyembelihan dan Hari Terbuka 2014

Program Amali Penyembelihan dan Hari Terbuka 2014.


Tarikh : 14 Ogos 2014
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi hingga 1.20 petang
Tempat : Blok PPKIBP SMK Arau, Perlis.


Program Amali Sembelihan dan Hari terbuka 2014 merupakan program dua dalam satu yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas melalui proses pembelajaran secara pengalamian. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kekeluargaan di antara semua warga PPKIBP SMK Arau bersama ibu bapa yang terlibat.

Objektif program :
  1. Memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukan amali penyembelihan secara "hands on"
  2. Memberi ruang dan peluang kepada warga PPKIBP untuk melakukan aktiviti bersama para ibu bapa.
  3. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai melalui aktiviti yang dijalankan.

























Ustaz Mohd.Amin bin Hassan dan Ustaz Nuruk Azri bin Abdullah telah dijemput untuk membimbing para pelajar melakukan amali penyembelihan. Seramai 15 orang pelajar lelaki telah dipilih untuk melaksanakan amali penyembelihan ini. Mereka diajar tertib penyembelihan ayam dan seterusnya melakukan sendiri aktiviti penyembelihan. Ia turut diperhatikan oleh ibu bapa yang hadir.

Ketua Unit Pendidikan Khas, Tn.Hj Shahdan bin Yahya turut hadir untuk melihat dan memantau  program Pra Hari Q yang dijalankan pada masa yang sama. Beliau tiba bersama Encik Zakri bin Murad selaku Penyelia Pendidikan Khas Sekolah Rendah dan Pra Sekolah. Beliau dapat melihat sendiri bagaimana proses pembuatan roti dan pastri dijalankan oleh  para pelajar yang terlibat.

Aktiviti memasak dijalankan  secara bergotong-royong oleh ibu bapa/waris, guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan pra pelajar yang dipilih. Di antara menu masakan yang telah disediakan ialah  gulai ayam kunyit, ulam-ulaman dan sambal belacan.

Selesai sahaja aktiviti memasak, makanan dihidangkan  di ruang ligar blok pendidikan khas. Para guru, ibu bapa dan pelajar telah bersama-sama menjamu selera. Penganjuran program amali sembelihan dan hari terbuka merupakan 2014 ini merupakan satu wardah untuk melahirkan para pelajar yang lebih berilmu dan seterusnya meningkatkan kerjasama dan semangat kekitaan diantara warga PPKIBP SMK Arau dan ibu bapa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...