Friday, June 14, 2013

KURSUS ‘VARIASI PASTRI’


Kursus Variasi Pastri  adalah kursus usahasama Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Arau dan Kolej Komuniti Arau, Perlis. Kursus ini berlangsung pada  23 April 2013 di Kolej Komuniti Arau, Perlis.

Kursus Variasi Pastri ini bertujuan untuk  merancang penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan menyediakan satu bentuk latihan yang bermakna bagi murid berkeperluan khas ini dalam bidang pravokasional terutama masakan roti, kek dan pastri boleh membantu guru-guru merealisasikan matlamat kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan merancang aktiviti dan strategi pengajaran yang sistematik dan berfokus mengikut tahap keupayaan murid dengan menggunakan bahan mentah sebagai bahan bantu mengajar yang bersesuaian supaya murid-murid boleh berdikari dalam menjalani aktiviti seharian dengan sempurna dan lebih berkeyakinan. Kursus ‘Variasi Pastri’ ini disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang guru, 29 orang murid dan 1 orang pembantu pengurusan murid (PPM). Kursus ini juga melibatkan 3 sesi iaitu sesi 1 membuat Japanese Cream Puff, sesi 2 membuat Blueberry Tart & sesi 3 membuat Pastri Lapis.

Apa kata mari kita layan dulu gambar aktiviti semasa mereka mengikuti kursus ini. Jomm Layannn.....






(Cik Nur Asma sedang memperkenalkan alatan)


(Tenaga Pengajar Kolej Komuniti sedang menunjukkan cara untuk mengadunkan doh pastri)




(Pelajar-pelajar dan guru sedang menimbang bahan-bahan untuk membuat pastri lapis)





(Peserta-peserta kursus sedang mendengar taklimat daripada Tenaga Pengajar Kolej Komuniti)

(Taruh inti dalam doh...)
( Begitu tekun sekali...)
(Inilah hasilnya...sebelum dibakar...)


                                     ( Wow...cantik rupanya apabila dah siap dibakar...)




 (Cikgu Roslan selaku PK Pend Khas memberi cenderahati kepada tenaga pengajar Kolej Kominiti)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...