Monday, October 28, 2013

LAPORAN CERAMAH MOTIVASI
PPKIBP SMK ARAU 2013
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TARIKH        : 18 SEPTEMBER 2013 (RABU)
TEMPAT       : DEWAN SMK ARAU, PERLIS.

Pada 18 September 2013 (Rabu) Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Arau telah mengadakan ceramah motivasi di Dewan SMK Arau. Program ini telah dihadiri seramai 30 orang ibu bapa dan waris pelajar serta seramai 43 orang pelajar
Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran waris dan ibubapa pelajar.  Pada pukul 9.00 pagi bermula slot pertama iaitu ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Puan Nur Hazwani binti Roslan merupakan Pegawai Sains Pemakanan Klinik Kesihatan Kangar. Ceramah yang disampaikan oleh beliau mengenai jenis makanan yang berkhasiat dan yang perlu dielakkan oleh pelajar-pelajar pendidikan khas sama ada yang hiperaktif, sindrom down, slow learner, autisme dan sebagainya. Ceramah ini bertujuan memberi input kepada ibubapa dan pelajar mengenai cara menyediakan pemakanan untuk anak mereka agar kurang meragam dan mudah dikawal. Ketika program berlangsung, Tuan Haji Abdul Razak bin Chin telah hadir mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Ceramah ini tamat pada pukul 10.00 pagi dan disusuli dengan sesi soal jawab.
Selepas itu, para tetamu, ibubapa dan pelajar minum pagi dengan sedikit juadah iaitu nasi lemak dan kuih. Tuan Pengetua Tuan Haji Azni bin Man, En. Bokhari bin Abu Othman Penolong Hal Ehwal Murid telah hadir minum pagi bersama penceramah dan wakil Jabatan Pendidikan Perlis. Kira-kira pukul 10.40 pagi, Tuan Haji Imran bin Abdul Salam dan Encik Hairie bin Hashim dari Jabatan Kebajikan Masyarakat telah tiba dan dijemput untuk minum pagi bersama sebelum slot ceramah kedua bermula.

Slot ceramah kedua bermula pada jam 11.00 pagi yang disampaikan oleh Tuan Haji Imran bin Abdul Salam merupakan Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kangar, Perlis. Ceramah yang disampaikan oleh beliau mengenai Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu peranan, tanggungjawab, bantuan, fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) serta peranan ibu bapa sendiri dalam menjalankan tanggungjawab kepada pelajar pendidikan khas. Lebin kurang pukul 12.00 tengah hari Encik Hairie bin Hashim selaku Penolong Pegawai Unit Orang Kurang Upaya (OKU) menambah sedikit maklumat mengenai Kad OKU yang perlu diperbahaui sebelum 1 Oktober 2013.Beliau juga menyenaraikan jenis-jenis elaun, bantuan dan kemudahan yang diberikan kepada pelajar dan Orang Kurang Upaya (OKU).


















































No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...