Friday, April 26, 2013

SESI PEMILIHAN PESERTA KE KARNIVAL KESENIAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2013

Peserta dari PPKIBP SMK Arau, Farishah binti Zakaria dan Muhd. Daniel Iman bin Suiet

PADA 24 April 2013 yang lalu telah berlangsung sesi pemilihan peserta ke Karnival Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2013. Acara yang berlangsung di Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (Cawangan) ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. PPKIBP SMK Arau telah menghantar dua orang pelajar bagi kategori Bermasalah Pembelajaran. Mereka ialah Muhd. Daniel Iman bin Suiet dan Farishah binti Zakaria.

Tujuan pertandingan lukisan ini diadakan adalah untuk memilih peserta bagi mewakili negeri Perlis ke Karnival Kesenian yang akan berlangsung di negeri Melaka pada bulan Mei nanti. Nasib tidak menyebelahi kedua-dua peserta PPKIBP SMK Arau ini apabila tidak berjaya terpilih. Cuba lagi di tahun hadapan.


Farishah bertungkus-lumus menyiapkan lukisannya

Daniel Iman memberi sentuhan seni hasil kerjanya

Di antara peserta yang menyertai sesi pemilihan ini

"Kami dah siap", peserta bagi kategori Bermasalah Pendengaran

Puan Huzaimah (Penolong Pengarah sekolah Menengah) sedang meninjau hasil kerja para peserta

Menunggu sehingga masa tamat

Suasana semasa sesi pemilihan sedang berlangsung

Masing-masing berusaha menyiapkan hasil kerja sebelum masa tamat

Hasil kerja Muhd. Daniel Iman

Lukisan yang tidak sempat disiapkan oleh Farishah, cuba lagi tahun hadapan
-----------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...