Berpegang kepada
pepatah “Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman” maka program yang
diadakan pada 2 hingga 5 Julai 2013 (Selasa hingga Jumaat) mampu memberi pendidikan, pengetahuan, kemahiran dan
kemampuan kepada pelajar untuk berinteraksi dengan dunia luar termasuklah
masyarakat umum. Program Jelajah Metropolitan 2013 disertai oleh 11 orang guru,
4 pembantu pengurusan murid dan 40 orang pelajar melawat beberapa tempat
menarik di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor seperti Pusat Sains
Negara, Aquaria KLCC , I-City dan
Petrosains KLCC.
Hari pertama, setibanya di Kuala Lumpur dalam pukul 8.00
malam, kami melawat ke I-City Shah Alam.
Para pelajar berasa seronok melihat kecantikan lampu yang berwarna-warni dengan
pelbagai bentuk.
No comments:
Post a Comment