Monday, July 15, 2013

Majlis perpisahan Cikgu Ropizah bt. Rohani diatas perpindahan ke SMK Syed Sirajuddin.

Assalamuailaikum dan salam sejahtera...

Tanggal 15 Julai 2013 merupakan hari terakhir bagi Cikgu Ropizah di atas perkhidmatan beliau di kelas program PPKIBP (Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran). Beliau akan bertukar ke Program Pendidikan Khas SMK Syed Sirajuddin berkuatkuasa pada 16 Julai 2013.

Beliau mula berkhidmat di PPKIBP, SMK Arau pada 1.01.2010. Beliau merupakan seorang guru yang arif dalam bidang pendidikan khas, seorang yang berdedikasi dan berketrampilan yang menarik. Sepanjang beliau berkhidmat selama 2 tahun 6 bulan 15 hari di PPKIBP, SMK Arau beliau banyak menyumbang jasa ke atas kelas pendidikan khas terutamanya menyediakan pelbagai program untuk murid pendidikan khas. Antara program yang beliau lakukan ialah terapi boling, terapi pasir, terapi seni dan lain-lain. Sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha program PPKIBP SMK Arau. 

Jom kita lihat kemeriahan majlis yang berlangsung pada 15 Julai 2013. Cikgu Ropizah bersama-sama dengan murid buat kali terakhir. Semoga beliau sukses dan untuk menerima cahaya mata tidak lama lagi. Jasa mu tetap dikenang.















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...