Laporan Ringkas
Pada
tahun ini, Majlis Tilawah al-Qur’an (MTQ) Peringkat Kebangsaan telah dijalankan
di Pantai Cahaya Bulan Resort & Perdana Resort Kota Bharu, Kelantan. Negeri
Perlis telah menghantar seramai 24 orang pelajar dan seramai 14 orang guru
pengiring.SMK Arau telah menghantar 4 0rang peserta Bermasalah Pembelajaran
iaitu Muhammad Fahmi bin Jasin peserta bercerita Kisah Dari al-Quran, Farishah
binti Zakaria peserta Tilawah Al-Quran, Abdul Rahim Ezzat bin Aminordin,Sumeet
A/L Rawut dan Muhammad Fahmi bin Jasin mewakili peserta nasyid. Seawal jam 0800
pagi proses pendaftaran hakim dan urusetia dan para peserta telah dimulakan
pada pagi 24 September 2013. 1 kaunter pendaftaran untuk hakim dan urusetia dan
1 kaunter pendaftaran untuk peserta telah dibuka.
Setelah itu,
telah diadakan sesi taklimat untuk semua hakim yang terlibat. Dan acara untuk
semua kategori yang telah dipertandingkan telah dimulakan pada jam 0900 pagi di
bilik-bilik yang telah ditentukan.
Pada tahun
ini, kategori yang dipertandingkan ialah Tilawah al-Qur’an (Lelaki dan
Perempuan), Hafazan al-Qur’an (Lelaki dan Perempuan), Bercerita (Lelaki dan
Perempuan) Festival nasyid dan Tulisan Khat.Secara keseluruhannya, pencapaian
murid di dalam setiap kategori yang dipertandingkan, berada pada tahap yang
memuaskan.
Majlis
Perasmian Penutup telah dimulakan pada jam 9.00 malam pada 25 September 2013. Ia telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pendidikan,Jabatan Pendidikan
Kelantan .
Keputusan Rasmi
Adik
Muhammad Fahmi bin Jasin telah mendapat tempat ketiga bagi acara bercerita
Kisah Dari Al-quran kategori bermasalah pembelajaran.
No comments:
Post a Comment