LATIHAN SUKAN OLAHRAGA 2014
PPKIBP Sek Men Keb Arau telah membuat latihan sukan sepanjang minggu sebelum bermulanya kejohanan sukan olahraga peringkat Negeri Perlis. Pelbagai aktiviti yang diaturkan oleh guru pendidikan khas yang diberikan tanggungjawab dalam melatih murid untuk kejohanan sukan olahraga tahun 2014 yang akan berlangsung pada 21- 24 April 2014. Antara guru yang terlibat untuk melatih murid yang terlibat dalam kejohanan sukan olahraga ialah En Pengiran Shuaib, Cik Siti Fatimah, Encik Azizi, Cik Amy Saleha dan Puan Zuriati.
Latihan ini dilakukan pada setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00pagi di padang sekolah. Latihan olahraga ini dibantu oleh PPM (Pembantu Pengurusan Murid) iaitu Cik Suhaina, Cik Nur Afnie dan Puan Sharifah Hanita dilakukan secara bergilir-gilir.
Seramai 22 orang murid yang terlibat dalam latihan sukan olahraga. Antara latihan yang dilakukan ialah ;-
- Lontar Peluru
- Lompat Jauh
- Larian 200m, 100m, 400m, 800m dan 4x100m serta 60m untuk murid Sindrom Down
Semangat mereka dalam latihan dapat lihat melalui latihan yang diberikan oleh guru, mereka telah buat dengan bersungguh. Apa kata mari kita lihat latihan yang dilakukan oleh murid PPKIBP. Jom....
No comments:
Post a Comment