Pada 16 Mac 2014 yang lalu, Program Pendidikan Khas Sek Men Keb Arau telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Perak dan Melaka Bandaraya Bersejarah. Seramai 39 orang pelajar, 12 orang guru dan 3 orang PPM mengikuti program ini. Kami dikehendaki berkumpul di hadapan Blok PPKIBP untuk di ambil kehadiran serta diberi sedikit taklimat.
Sebelum bertolak doa dipohon bagi memohon agar perjalanan kami ini selamat dan diberkati Allah s.w.t. Selepas itu, kami bertolak dari sekolah pada pukul 6.00 petang dengan menaiki bas persiaran. Kami pergi dengan 2 buah bas yang diketahui oleh Cikgu Chan bagi bas A manakala Cikgu Roslan bagi bas B. Bagi memudahkan pergerakan dan kawalan pelajar, setipa pelajar diagihkan kepada guru-guru dan pelajar dikehendaki bergerak mengikut guru masing-masing.
Destinasi pertama kami ialah Zoo Taiping dan melawat 'Night Safari'. Kami sampai di Zoo Taiping pada pukul 10.30 malam. Sesampainya disana, kami diberikan taklimat oleh renjer. Berkonsepkan lawatn ke Zoo pada waktu malam, pengunjung dapat menyaksikan gelagat haiwan pemangsa yang aktif pada waktu malam dalam suasana tenang serta mendamaikan. Kami menaiki term atau lebih dikenali sebagai keretapi bergerak untuk melawat sekitar kawasan Zoo. Lawatan kami di Zoo Taiping dan Night Safari berakhir pada pukul 12.00 malam. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kami.
Pada hari kedua, setelah siap urus diri, solat subuh serta bersarapan di hentian rehat da rawat (R&R) di Bukit Gantang, kami bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Kami tiba di Melaka dan Check In Homestay dalam pukul 5.00 petang. Pada pukul 8.00 malam kami bersedia sedia menaiki bas untuk bertolak ke Menara Taming Sari. Menara Taming Sari mempunyai ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km dan kami dapat menyaksikan pemandangan di sekitar Bandar Melaka secara keseluruhan di atas Menara Taming Sari.
Hari ke tiga ,Selasa 18 Mac 2014,setelah urus diri, kami bertolak pula ke Taman Rama-Rama. Kami tiba pada pukul 8.40 pagi. Pusat Perlindungan Rama-Rama dan Reptilia dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 1991.Pusat ini menempatkan lebih daripada 30 spesies rama-rama. Ia juga mempamerkan koleksi terbesar reptilia, termasuklah buaya, alligator, kura-kura,cicak dan lebih 20 spesies ular berlainan di seluruh Malaysia.
Pada pukul 11.00 pagi ,kami bertolak ke A Famosa Resort. Di sana kami berpeluang masuk ke Water Theme Park. Makan tengahari kami juga telah disediakan oleh pihak water Theme Park. Menu kami adalah nasi ayam dan air mineral.
Setelah seronok bermandi-manda di Water Theme Park. Kemudian kami meneruskan lawatan kami menjelajah sekitar Banda Hilir untuk menikmati peninggalan sejarah. Ada di antara guru dan pelajar menaiki beca mengelilingi Banda Hilir. Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk kenang-kenangan dari Melaka. Bandar Hilir merupakan sebuah kawasan pelancongan di Melaka. Ia benar–benar merupakan satu tempat dimana budaya dan tradisi Melaka boleh dilihat disetiap ceruk kedai-kedai kecil yang membarisi jalan ini.
Pada malamnya, aktiviti kami yang amat ditunggu oleh semua guru dan pelajar ialah menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki River Cruise. Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk dating berniaga dan berdagang yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, Sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai‘Venice di Timur’. Walaubagaimanapun, Sungai Melaka kini sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Manakala, VillaSentosa merupakan rumah tradisional yang mesti dilawati di Kampung Morten. Rumah ini telah diubahsuai menjadi Muzium persendirian bagi mewujudkan suasana rumah kampong untukpelawat. Ia telah dibina pada tahun 1920 oleh Tuan Haji Hashim bin Data’Demang Haji Abdul Ghani, pembuka Kampung Morten. Rumah ini dipenuhi dengan perkakasan berharga dan koleksi peribadi tuan tumah. Selepas menaiki Melaka Rivers Cruise ,kami menjamu selera di Umbai menikmati makan malam .
Pada hari keempat, kami berpeluang menaiki dan menikmati pengalaman menaiki Duck Tours. Objektif Melaka Duck Tour ialah menarik pelancong untuk mengalami dan menyaksikan keindahan Melaka di darat dan di laut dengan melawat bandaraya ini menggunakan kenderaan dua alam. Kami terpaksa membahagikan kepada dua kumpulan, kerana satu tripduck tour hanya boleh memuatkan seramai 33 orang. Kumpulan kami menaiki trip kedua pada pukul 11.30. Sementara menunggu trip kami singgah sekejap di Muzium Samudera. Menaiki Duck Tour mengambil masa selama 45 minit bagi setiap trip.
Kemudian kami bertolak pula ke Taman Buaya di Ayer Keroh ,Melaka. Kami tiba pada pukul 12.40. Ia juga mempamerkan koleksi terbesar reptilia, termasuklah buaya, dan spesies ular berlainan diseluruh Malaysia. Kami mengalami sensasi aktiviti yang menakjubkan seperti “Pertunjukan Buaya” dan “Pertunjukan Ular” yang dipentaskan untuk tontonan ramai, dimana penonton mengalami perasaan ngeri, takut dan gerun.
Pada sebelah petang pula, aktiviti bebas iaitu aktiviti membeli belah di sekitar Mahkota Parade dan Bandar Hilir. Selepas membeli beberapa cenderahati kepada pelajar untuk dibawa pulang, kami terus balik ke homestay kami.
Hari terakhir kami di Melaka Bandar raya Bersejarah, selepas check-out, kami bertolak ke Nilai 3. Kira-kira pukul 10.30 pagi kami dijangka tiba di Nilai 3. Kami berkesempatan membeli belah di Nilai 3 sebelum bertolak pulang dalam pukul 12.30 tengahari. Kami tiba diperkarangan Blok PPKIBP SMK Arau pada pukul 10.30 malam.
No comments:
Post a Comment