TARIKH: 7 NOVEMBER 2013 (KHAMIS)
TEMPAT : STADIUM DATO’SHEIKH AHMAD , KANGAR PERLIS
MASA : 7.40 PAGI – 1.00 TENGAH HARI
Pada 7 November 2013, telah diadakan Karnival‘Woodball’ di Stadium Dato’Sheikh Ahmad, Kangar Perlis.Seramai 55 orang pelajar, 10 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan murid telah mengikuti aktiviti ini.Pelajardan guru bertolak ke Stadium Dato’ Sheikh Ahmad mengunakan bas dansebuah van sekolahpada jam 8.00 pagi dan tiba disana pada jam 8.30 pagi.
Seterusnya, bagi memudahkan lagi perjalanan Karnival‘Woodball’pada hari tersebut, maka para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu 2 kumpulan‘High Function’, dan 3 kumpulan‘Low Function’.Setiap kumpulan dibimbing oleh 2 orang guru dan pembantu pengurusan murid untuk memudahkan perkiraan ‘par’ dijalankan.Para pelajar bergerak berkumpulan mengikut guru masing-masing.Pertandingan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi.
Sebelum memulakan permainan‘Woodball’, para pelajar diarahkan untuk melakukan sedikit senaman meregangkan anggota badan terutamanya pergelangan tangan bagi mengelakkan kecederaan sewaktu bermain‘Woodball’ .PnNorhasnizar memberi penerangan tentang peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pengelola dan undang-undang‘Woodball’ .Beliau juga menjelaskan tentang system pertandingan, kaedah permainan serta perbuatan melanggar undang-undang ketika melakukan pukulan dan hukuman.
Pertandingan Woodball berhenti rehat pada pukul 10.00-10.40 pagi. Kemudian meneruskan pertandingan dilaluan yang masih belum dihabiskan.Kumpulan‘High Function’dikehendaki menghabiskan 3’ fairway’ , manakala kumpulan’ Low Function’ 2 ‘Fairway’ . Sistem pertandingan dibahagikan kepada 2 iaitu pertandingan pukulan dan pertandingan laluan.Pertandingan pukulan iaitu peserta yang melakukan pukulan yang tersedikit untuk 12 ‘Fairway’adalah pemenang, manakala pertandingan laluan apabila peserta memenangi lebih banyak ‘Fairway’ daripada 12 ‘Fairway’dengan ‘par’ yang tersedikit adalah pemenang.
Keputusannya, pemenang ‘Woodball’bagi kategori ‘High Function’ dimenangi oleh Mohd Danial Iman bin Suiet dengan 20 ‘par’dari kumpulan Cikgu Pengiran Shuib dan Cik Nur Afnie, manakala tempat kedua dimenangi oleh Mohd Tarmizi bin Rosidan dengan 24 ‘par’ dari kumpulan Cikgu Amy Saliha dan Puan Sharifah Hanita.Bagi kategori ‘Low Function’ pula, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Syakirim bin Rambeli dengan mendapat 18 ‘par’ dari kumpulan Cikgu Siti Fatimah binti Johari dan Cik Suhaina binti Kassim,manakala tempat kedua dimenangi oleh Abas bin Wahab dengan mendapat 19 ‘par’juga dari kumpulan Cikgu Siti Fatimah binti Johari dan Cik Suhaina binti Kassim.Pelajar-pelajar lain turut mendapat hadiah sagu hati diatas penglibatan mereka.Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu En Roslan bin Othman.
Karnival‘Woodball’berhenti pada jam 12.00 tengahari. Semua pelajar dan guru bertolak pulang ke Sekolah Menengah Kebangsaan arau pada jam 12.00 tengahari dan tiba pada jam 12.30 tengahari.Secara keseluruhannya, hampir semua pelajar yang mengikuti aktiviti ini berjaya melakukan ‘par’. Disamping, meningkatkan kecerdasan fizikal para pelajar serta meningkatkan kemahiran motor kasar para pelajar diharapkan juga aktiviti sebegini akan menimbulkan keyakinan diri yang tinggi dikalangan pelajar pendidikan Khas.
Para pelajar sedang mendengar pembahagian kumpulan oleh Pn.Norhaslizar bt Khabi
Muhammad Nurul Hidayat sedang cuba memasukkan bola woodball ke dalam gol (woodball)
Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball) Mohd Danial Imran b. Suiet dengan 20 par kategori (High Function)
Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball)Mohd Tarmizi bin Rosidan dengan 24 par kategori (High Function)
Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball)Mohd Syakirim bin Rambeli dengan 24 par kategori (Low Function)
Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball)Abas bin Wahab dengan 24 par kategori (Low Function)
Muhammad Nurul Hidayat sedang cuba memasukkan bola woodball ke dalam gol (woodball)
Aksi Sulisa A\P Kran membawa bola woodball di fairway' 11
Pelajar kusyuk mendengar keputusan pertandingan (woodball) yang akan diumumkan oleh Pn.Norhaslizar binti Khabi setelah penat bermain Stadium Dato'Sheikh Ahmad.Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball) Mohd Danial Imran b. Suiet dengan 20 par kategori (High Function)
Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball)Mohd Tarmizi bin Rosidan dengan 24 par kategori (High Function)
Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball)Mohd Syakirim bin Rambeli dengan 24 par kategori (Low Function)
Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball)Abas bin Wahab dengan 24 par kategori (Low Function)
No comments:
Post a Comment