Tuesday, November 26, 2013

LAPORAN KEM MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS SMK ARAU TAHUN 2013
TARIKH : 8 HINGGA 9 NOVEMBER 2013 (JUMAAT DAN SABTU)
TEMPAT :PERKARANGAN BLOK PPKIBP SMK ARAU , PERLIS

            Pada 8 November 2013, telah diadakan Kem Motivasi Pendidikan Khas SMK Arau. Seramai 45 orang pelajar, 12 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan pelajar telah mengikuti dengan jayanya. Aktiviti menaikan khemah diadakan secara beramai-ramai pada pukul 8.00.Masing-masing menyumbang tenaga secara bergotong –royong membantu memasang khemah. Keseronokan terpancar diwajah pelajar melihat khemah yang telah siap dipasang serta tidak sabar menunggu hari petang.Selepas aktiviti tersebut, beberapa orang pelajar membantu guru menyiang ikan kembung untuk dibakar pada malam hari.

Program bermula pada pukul 4.30 petang hari Jumaat dengan pendaftaran peserta.Selepas mendaftarkan diri dan meletakkan beg, pelajar dikehendaki solat Asar secara berjemaah.Setelah kesemua peserta berkumpul,mereka diberi taklimat perjalanan program oleh pengarah program Kem Motivasi, Cik Amy Saliha binti Kamarudin. Bermula dengan perlantikan Penghulu serta Penghuluwati. Undian memihak kepada Norazwan bin Othman sebagai Penghulu dan dibantu oleh Nordiana binti Abdullah sebagai Penghuluwanita. Kemudian, pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan pelajar mengikut khemah. Cik Amy Saliha menerangkan beberapa syarat dan larangan yang harus diikuti oleh pelajar semasa perkhemahan. Antaranya pelajar perempuan tidak dibenarkan melintas khemah pelajar lelaki dan begitulah sebaliknya. Kemudian pelajar dibenarkan bersama ahli khemah bergerak dan boleh meletakkan beg pakaian kedalam khemah yang telah ditetapkan.

Pada pukul 5.30 petang,Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) yang dikendalikan oleh Cik Chan Bee Chin bertajuk ‘Do It Yourself’,Permainannya mudah ,berkisar anggota badan pelajar sahaja. Antaranya, secara berpasangan(2 orang ahli dalam setiap kumpulan) ,pelajar dikehendaki menggabung 2 tangan rakan mereka yang paling panjang .Pemenangnya ialah kumpulan Nordiana binti Abdullah. Kemudian ,arahan kedua,mencari tangan yang paling pendek.Pemenang adalah kumpulan Yazid dan Nazeri.Arahan ketiga,ialah mencari kaki yang paling panjang, pemenangnya kumpulan Mohd Fahmi dan Amirul Azman.Arahan keempat, mencari kaki yang paling pendek.Pemenangnya ialah kumpulan Hamizan dan Rosnani. Bagi arahan kelima, 3 orang pelajar dari setiap kumpulan perlu menggunakan sebelah kaki sahaja dan membentuk bulatan yang paling kecil.Pemenangnya adalah kumpulan Tarmizi dan Nur Hidayat. Seterusnya setiap kumpulan diberikan satu pembaris serta sehelai kertas. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk hurut T yang paling panjang. Pelajar-pelajar sangat kreatif kerana ada kumpulan yang menyambung kertas bagi panjang dengan meletakkan air sebagai gam penyambung dan ada kumpulan yang meletakkan air liur sebagai gam. Pemenang aktiviti ini ialah kumpulan Mohd Danial Iman. Aktiviti ketujuh pula,secara berpasangan,mencari pasangan yang paling tinggi mengikut kreativiti sendiri.Pemenang adalah kumpulan Mohd Tarmizi dan Norazwan. Aktiviti ini tamat pada pukul 6.15 petang dengan gembiranya.Makan malam pada hari tersebut adalah pada pukul 6.30 petang.

Selepas makan malam, pelajar bergegas membersihkan diri dengan mengambil wuduk untuk solat fardu Maghrib secara berjemaah bersama imam Al-Fadhil ustaz Mohammad Amin yang akan memberi tazkirah antara waktu Maghrib dan Isyak. Selepas berdoa,Ustaz Mohammad Amin memberi tazkirah bertajuk ‘Hijrah’. Para pelajar dapat berinteraksi dengan ustaz dengan baik apabila soalan diajukan,beberapa orang pelajar boleh menjawab soalan yang dikemukan.Selepas solat Fardu Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh En Roslan bin Othman, Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Slot kedua pada malam tersebut, dikendalikan oleh Cik Siti Fatimah binti Johari. Beliau ‘brief’ kepada pelajar cara menunggang motorsikal. Menarik sekali cara kendalian ‘briefing’ kerana para pelajar boleh membuat gimik cara menaiki motorsikal dengan menghasilkan bunyi sekali.Dan pelajar juga pasti teringat cara cikgu Siti Fatimah mengajar mereka membuat gimik “best sangat” . Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK 2), bertajuk Identiti Kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mereka satu pakaian yang diperbuat daripada suratkhabar dan menghias salah seorang daripada ahli kumpulan mereka mengikut kreativiti masing-masing. Macam-macam pakaian dapat diilhamkan oleh para pelajar.Antaranya ‘Batman’ dan ‘ ada juga macam petani lelaki bermisai. Pemenang tempat pertama aktiviti tersebut ialah kumpulan Norazwan dengan Mohd Faizul sebagai peragawan. Pada pukul 10.30 malam,para pelajar dijamu dengan ayam bakar,ikan serta sosej bakar bercicah air asam yang telah disediakan oleh guru-guru.
Slot ketiga pada malam itu,ialah ‘Night Walk’ yang dikendalikan oleh semua guru dan pembantu pengurusan murid.Setiap pelajar akan bergerak mengikut arahan guru dalam keadaan mata yang telah ditutup dengan kain hitam.Hanya telinga mereka sahaja mendengar arahan guru.Para pelajar dibawa ketengah padang sekolah ,bergerak dengan tangan diatas bahu kawan mereka.Para pelajar juga berjalan dalam hujan renyai-renyai serta diganggu oleh guru semasa aktiviti dijalankan.Mereka dikehendaki menghayati keindahan malam dengan mendengar bunyi deruan angin dan cengkerik.Tujuan aktiviti ini ialah bersyukur dengan nikmat pancaindera mata yang Allah kurniakan kepada kita.Aktiviti tamat pada pukul 12.00 malam dan para pelajar dibenarkan masuk tidur ke dalam khemah masing-masing.

Hari kedua (Sabtu) , pelajar dikejutkan seawal pukul 5 pagi untuk mandi dan membersihkan diri secara bergilir-gilir lelaki dan perempuan. Kemudian Solat Fardu Subuh berjemaah bersama Cikgu Azizi bin Zainol.Selepas solat, Ustazah  Rozita binti Kamis memberi ulasan tentang aktiviti semalam sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.Pada pukul 7.00 pagi, Senamrobik dijalankan dibawah bimbingan Cik Siti Fatimah binti Johari dan Pn Siti Azlina binti Mat Isa.Sementara menunggu sarapan pagi,menu bihun goreng dan minuman teh o, para pelajar dibenarkan pulang ke khemah untuk mengemaskan pakaian.

Slot terakhir Latihan Dalam Kumpulan (LDK 3) bertajuk Ikhtiar Hidup iaitu pertandingan memasak.Pertandingan dikendalikan oleh Pn Maisarah binti Ahmad dan Cik Amy Saliha binti Kamarudin. Setiap kumpulan dikehendaki memasak 3 jenis menu, iaitu sambal sardine, telur dadar @ telur mata@ telur hancur @ telur rebus,serta sayur campur kobis,lobak merah bersosej, dan ikan kembong mengikut kreativiti masing-masing.Semua bahan-bahan talah disediakan dan setiap kumpulan dibimbing oleh guru dan pembantu pengurusan murid yang telah ditetapkan.Masa yang telah ditetapkan adala 2 jam 30 minit untuk menyiapkannya.Pertandingan diadili oleh juri masakan iaitu Pn Sarina binti Hashim dan Pn Norhasnizar binti Khabi berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Selepas siap menyiapkan menu, sementara menunggu para juri mengadil ,setiap kumpulan dikehendaki membasuh dan mengemas perkakas yang mereka gunakan serta kawasan persekitaran. Keputusannya, pemenang tempat pertama pertandingan memasak dimenangi oleh kumpulan 1 iaitu kumpulan Norazwan bin Othman.Hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu En Roslan bin Othman. Manakala hadiah tempat kedua dan ketiga disampaikan oleh Pn Norhasnizar binti Khabi,dan hadiah saguhati kepada semua pelajar disampaikan oleh Pn Sarina binti Hashim.

Kemudian ,setiap kumpulan menjamu selera dengan nasi putih bersama lauk-pauk yang mereka telah sediakan.Selepas makan ,para pelajar dikehendaki membuka dan menyimpan khemah serta berkemas untuk balik.Program bersurai pada pukul 1.00 tengahari.

Harapan daripada semua guru, aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar pendidikan khas untuk mendalami ilmu serta menimba sebanyak mana pengalaman yang ada. Pengajaran yang berlaku di luar bilik darjah juga merupakan pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

                                  LAMPIRAN  AKTIVITI BERGAMBAR

              Megat Faris Hanif, Muhammad Nazeri, Xian Er sedang mendirikan khemah.

                                            Pelajar berehat setelah siap menaikkan khemah



                                   Pelajar berposing dihadapan khemah yang telah siap didirikan.



                       Cg Chan sedang mengukur 2 orang pelajar yang mempunyai tangan yang pendek.



                Para pelajar mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Amin .



                            Ragam para pelajar ketika melakonkan reaksi menunggang motosikal



                                        Hasil kreatif oleh pelajar dalam aktiviti pakaian beragam



                                                                Aktiviti ‘Night Walk’



                                       Pertandingan memasak antara pelajar didalam kumpulan



                                                      Pemenang pertama aktiviti memasak

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...