Monday, April 7, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP) SMK ARAU 2014

TARIKH       : 24 Januari 2014 (Jumaat)
 MASA           : 8.30 - 10.00 pagi

            Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SMK Arau, Perlis dan turut disertai oleh pelajar-pelajar Pendidikan Khas setiap tahun. Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada pelajar baru dan pelajar lama pendidikan khas disekolah ini. Para pelajar dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori High Function dan kategori Low Function. Seramai 13 orang pelajar lelaki ,7 orang pelajar perempuan dikategorikan dalam kumpulan High Function,manakala 9 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan kategori Low Function memberi komitmen yang baik dalam kejohanan tersebut.

            Aktiviti bermula jam 8.10 pagi. Cikgu Pengiran Shuaib Pengiran Yunus selaku guru penasihat Ko-kurikulum pendidikan Khas dengan dibantu oleh pembantu pengurusan murid mengumpulkan pelajar diperkarangan blok pendidikan untuk membuat regangan dan aktiviti memanaskan. Sementara guru – guru mengambil tempat di chek point yang telah ditetapkan oleh cg Pengiran Shuaib. Sebelum hari kejadian,para pelajar telah berlatih selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari selasa dan rabu. Tujuannya supaya para pelajar tahu laluan mengikut kategori masing-masing.
            
       Tepat jam 8.30 pagi , acara merentas desa bagi Pendidikan Khas dimulakan. Larian peserta dimulakan ole En Roslan Bin Othman (Guru Kanan Pendidikan Khas) sebagai pelepas.

Berikut merupakan pemenang bagi acara merentas desa tersebut.







Berikut merupakan pemenang bagi acara merentas desa tersebut.

Low Function


Lelaki
Perempuan
Tempat Pertama
Syed Kamirul Nur Aiman bin Syed Idrus
Noo Jamilah binti Mohd Rafi
Tempat Kedua
Mohammad Syahmi bin Hashim
Rosnani binti Hussin
Tempat Ketiga
Muhammad Faqrullah bin Mohamed
Nor Izzah Hazirah binti Nor Ihsan


High Function


Lelaki
Perempuan
Tempat Pertama
Megat Farris Hanif bin Megat Zakaria
Madina binti Abdullah
Tempat Kedua
Muhammad Syakirim bin Rambeli
Siti Nurhazlien binti Hamidi
Tempat Ketiga
Muhammad Nazri bin Zaidi
Effa Husna binti Abdullah

   Pada jam 10.45 pagi, majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang dijalankan. Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu En Roslan bin Othman menyampaikan hadiah kepada pemenang. Para pemenang menerima hadiah berbentuk kalungan pingat,sijil beserta hamper. Majlis penutupan Kejohanan merentas desa disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Arau. Aktiviti bersurai pada jam 11.30 pagi. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya. 





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...