Monday, April 7, 2014

KEM BESTARI SOLAT DAN MOTIVASI PPKIBP SEK MEN KEB ARAU 2014


Kem Bestari Solat dan Motivasi dibuat pada kali pertama pada tahun 2014. Kem Bestari Solat dan Motivasi merupakan progran dibawah bahagian Pendidikan Islam. Program ini diadakan pada :-

Tarikh : 11 Mac 2014
Hari/Masa: Selasa / 8.00 pagi-2.00 petang
Tempat : Surau Sek Men Keb Arau
Bilangan murid: 43 orang pelajar yang beragama Islam
Objektif : Dapatan daripada program ini ialah

  • Pelajar dapat mandi wajib dengan sempurna
  • Pelajar dapat berwuduk dengan sempurna
  • Pelajar dapat mengetahui bilangan-bilangan rakaat dalam solat
  • Pelajar dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada bersendirian atau berjemaah.

Butiran Aktiviti :

  1. Pelajar berkumpul di surau. Taklimat oleh Ustazah Rozita binti Kamis, mengenai jadual perlaksanaan Kem Bestari Solat.
  2. Slot 1 - Ceramah bertajuk bersuci (Mandi wajib) dan solat Jamak sera Qasar.
  3. Slot 2 - Pembahagian Kumpulan LDK

Slot pertama iaitu Mandi Wajib. Dalam slot tersebut akan dibahagikan kepada 2 bahagian atau dua tahap iaitu:

Tahap 1: 

Pelajar lelaki kategori high function dan  perempuan kategori high function

       -  Aktiviti (Amali mandi wajib) dilakukan secara berkumpulan dan bergilir. Pelajar 
          dibimbing dan dipantau oleh guru lelaki untuk pelajar lelaki manakala pelajar perempuan
          akan dibimbing dan dipantau oleh guru perempuan.

Tahap2 : 

Pelajar lelaki kategori Low fuction dan perempuan kategori Low function

       - Aktiviti (Amali mandi wajib) dilakukan secara berkumpulan dan bergilir. Pelajar 
          dibimbing dan dipantau oleh guru lelaki untuk pelajar lelaki manakala pelajar perempuan
          akan dibimbing dan dipantau oleh guru perempuan.
___________________________________________________________________

Selain itu, pelajar akan bergerak mengikut kumpulan masing-masing ke 4 stesen iaitu :-

Stesen 1 : Amali mandi wajib

Stesen 2 : Wuduk

Stesen 3 : Bacaan dalam solat

Stesen 4 : Perlakuan dalam solat

Dalam setiap stesen akan ditempatkan oleh guru yang telah dilantik sebagai fasilitator. Guru yang berada di stesen-stesen tersebut akan membuat penilaian yang diberikan setiap stesen. Antara guru yang dilantik sebagai fasilitator ialah :-
  1. Cikgu Azizi bin Zainol
  2. Cikgu Norzuraiti binti Bidin
  3. Cikgu Amy Saliha binti Kamaruddin
  4. Cikgu Pengiran Shuaib bin Pengiran Yunus
  5. Cikgu Siti Azkina binti Mat Isa
  6. Cikgu Salhasniza binti Baharom
  7. Cikgu Maisara binti Ahmad

Kem Bestari Solat dan Motivasi ini juga turut dibantu oleh PPM (Pembantu Pengurusan Murid) yang akan membantu guru dalam pengurusan murid sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. PPM yang terlibat ialah CIK SUHAINA BINTI KASIM dan CIK NUR AFNIE BINTI RUSLAN

Ustaz Mohammad Amin bin Hassan juga turut diundang sebagai penceramah untuk slot 1 iaitu ceramah mengenai cara mandi wajib.  Apakata mari kita lihat gambar sausana yang berlaku sepanjang Kem Bestari Solat dan Motivasi. 


(Murid sedang meneliti bahan yang diberikan sebelum memulakan slot 1)
(Murid khusyuk mendengar penerangan dari guru)

(Ceramah slot 1 yang diberikan oleh Ustaz Mohd Amin)

(Murid leka mendengar ceramah Ustaz)

(Latihan amali yang diajar oleh Ustaz Moha Amin)
Cikgu Roslan Othman,(PK Pendidikan Khas) memberi cenderahati kepada Ustaz Mohd Amin

(Cikgu Rozita mengajar amali solat dengan betul dalam slot yang 2)
(Mohd Taufik membuat sujud setelah diberikan tunjuk ajar)
















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...