Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Syukur Alhamdullillah dapat bertemu kembali untuk berkongsi coretan kepada anda semua. Kami memohon maaf kerana lewat untuk menaik turun info mengenai Bengkel Asas Lompat Tali 2014 di atas kesulitan yang pihak kami alami.
Untuk makluman anda, Unit Kokurikulum PPKIBP telah mengadakan Bengkel Asas Lompat Tali selama 3 hari iaitu dari 3 Mac sehingga 5 Mac 2014. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah :-
- Memperkenalkan kepada para pelajar mengenai kemahiran lompat tali yang dapat membina sistem koordinasi dengan baik dan berkesan.
- Menjadi salah satu aktiviti sekolah untuk satu murid satu sukan.
Unit Kokurikulum PPKIBP, telah menjemput Pakar Lompat Tali Kebangsaan/Asia/ Antarabangsa iaitu En.Abdul Rashid bin Mahamoud. Beliau yang merupakan instruktur daripada kecergasan Fizikal Utara dan Persatuan Kecergasan Lompat Tali Negeri Perlis. Dalam bengkel ini juga ianya turut dibantu oleh 4 hingga 6 dari Persatuan Kecergasan Lompat Tali Negeri Perlis.
Pelbagai teknik telah diajar oleh En Rashid kepada pelajar PPKIBP untuk memastikan pelajar dapat mempelajari teknik tersebut dengan cara yang betul. Bengkel lompat yang diadakan di dewan SMK Arau dan di ruang legar blok PPKIBP ini telah mendapat respon yang positif dari semua murid dan guru.
No comments:
Post a Comment