Tuesday, November 26, 2013

LAPORAN KEM MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS SMK ARAU TAHUN 2013
TARIKH : 8 HINGGA 9 NOVEMBER 2013 (JUMAAT DAN SABTU)
TEMPAT :PERKARANGAN BLOK PPKIBP SMK ARAU , PERLIS

            Pada 8 November 2013, telah diadakan Kem Motivasi Pendidikan Khas SMK Arau. Seramai 45 orang pelajar, 12 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan pelajar telah mengikuti dengan jayanya. Aktiviti menaikan khemah diadakan secara beramai-ramai pada pukul 8.00.Masing-masing menyumbang tenaga secara bergotong –royong membantu memasang khemah. Keseronokan terpancar diwajah pelajar melihat khemah yang telah siap dipasang serta tidak sabar menunggu hari petang.Selepas aktiviti tersebut, beberapa orang pelajar membantu guru menyiang ikan kembung untuk dibakar pada malam hari.

Program bermula pada pukul 4.30 petang hari Jumaat dengan pendaftaran peserta.Selepas mendaftarkan diri dan meletakkan beg, pelajar dikehendaki solat Asar secara berjemaah.Setelah kesemua peserta berkumpul,mereka diberi taklimat perjalanan program oleh pengarah program Kem Motivasi, Cik Amy Saliha binti Kamarudin. Bermula dengan perlantikan Penghulu serta Penghuluwati. Undian memihak kepada Norazwan bin Othman sebagai Penghulu dan dibantu oleh Nordiana binti Abdullah sebagai Penghuluwanita. Kemudian, pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan pelajar mengikut khemah. Cik Amy Saliha menerangkan beberapa syarat dan larangan yang harus diikuti oleh pelajar semasa perkhemahan. Antaranya pelajar perempuan tidak dibenarkan melintas khemah pelajar lelaki dan begitulah sebaliknya. Kemudian pelajar dibenarkan bersama ahli khemah bergerak dan boleh meletakkan beg pakaian kedalam khemah yang telah ditetapkan.

Pada pukul 5.30 petang,Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) yang dikendalikan oleh Cik Chan Bee Chin bertajuk ‘Do It Yourself’,Permainannya mudah ,berkisar anggota badan pelajar sahaja. Antaranya, secara berpasangan(2 orang ahli dalam setiap kumpulan) ,pelajar dikehendaki menggabung 2 tangan rakan mereka yang paling panjang .Pemenangnya ialah kumpulan Nordiana binti Abdullah. Kemudian ,arahan kedua,mencari tangan yang paling pendek.Pemenang adalah kumpulan Yazid dan Nazeri.Arahan ketiga,ialah mencari kaki yang paling panjang, pemenangnya kumpulan Mohd Fahmi dan Amirul Azman.Arahan keempat, mencari kaki yang paling pendek.Pemenangnya ialah kumpulan Hamizan dan Rosnani. Bagi arahan kelima, 3 orang pelajar dari setiap kumpulan perlu menggunakan sebelah kaki sahaja dan membentuk bulatan yang paling kecil.Pemenangnya adalah kumpulan Tarmizi dan Nur Hidayat. Seterusnya setiap kumpulan diberikan satu pembaris serta sehelai kertas. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk hurut T yang paling panjang. Pelajar-pelajar sangat kreatif kerana ada kumpulan yang menyambung kertas bagi panjang dengan meletakkan air sebagai gam penyambung dan ada kumpulan yang meletakkan air liur sebagai gam. Pemenang aktiviti ini ialah kumpulan Mohd Danial Iman. Aktiviti ketujuh pula,secara berpasangan,mencari pasangan yang paling tinggi mengikut kreativiti sendiri.Pemenang adalah kumpulan Mohd Tarmizi dan Norazwan. Aktiviti ini tamat pada pukul 6.15 petang dengan gembiranya.Makan malam pada hari tersebut adalah pada pukul 6.30 petang.

Selepas makan malam, pelajar bergegas membersihkan diri dengan mengambil wuduk untuk solat fardu Maghrib secara berjemaah bersama imam Al-Fadhil ustaz Mohammad Amin yang akan memberi tazkirah antara waktu Maghrib dan Isyak. Selepas berdoa,Ustaz Mohammad Amin memberi tazkirah bertajuk ‘Hijrah’. Para pelajar dapat berinteraksi dengan ustaz dengan baik apabila soalan diajukan,beberapa orang pelajar boleh menjawab soalan yang dikemukan.Selepas solat Fardu Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh En Roslan bin Othman, Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Slot kedua pada malam tersebut, dikendalikan oleh Cik Siti Fatimah binti Johari. Beliau ‘brief’ kepada pelajar cara menunggang motorsikal. Menarik sekali cara kendalian ‘briefing’ kerana para pelajar boleh membuat gimik cara menaiki motorsikal dengan menghasilkan bunyi sekali.Dan pelajar juga pasti teringat cara cikgu Siti Fatimah mengajar mereka membuat gimik “best sangat” . Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK 2), bertajuk Identiti Kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mereka satu pakaian yang diperbuat daripada suratkhabar dan menghias salah seorang daripada ahli kumpulan mereka mengikut kreativiti masing-masing. Macam-macam pakaian dapat diilhamkan oleh para pelajar.Antaranya ‘Batman’ dan ‘ ada juga macam petani lelaki bermisai. Pemenang tempat pertama aktiviti tersebut ialah kumpulan Norazwan dengan Mohd Faizul sebagai peragawan. Pada pukul 10.30 malam,para pelajar dijamu dengan ayam bakar,ikan serta sosej bakar bercicah air asam yang telah disediakan oleh guru-guru.
Slot ketiga pada malam itu,ialah ‘Night Walk’ yang dikendalikan oleh semua guru dan pembantu pengurusan murid.Setiap pelajar akan bergerak mengikut arahan guru dalam keadaan mata yang telah ditutup dengan kain hitam.Hanya telinga mereka sahaja mendengar arahan guru.Para pelajar dibawa ketengah padang sekolah ,bergerak dengan tangan diatas bahu kawan mereka.Para pelajar juga berjalan dalam hujan renyai-renyai serta diganggu oleh guru semasa aktiviti dijalankan.Mereka dikehendaki menghayati keindahan malam dengan mendengar bunyi deruan angin dan cengkerik.Tujuan aktiviti ini ialah bersyukur dengan nikmat pancaindera mata yang Allah kurniakan kepada kita.Aktiviti tamat pada pukul 12.00 malam dan para pelajar dibenarkan masuk tidur ke dalam khemah masing-masing.

Hari kedua (Sabtu) , pelajar dikejutkan seawal pukul 5 pagi untuk mandi dan membersihkan diri secara bergilir-gilir lelaki dan perempuan. Kemudian Solat Fardu Subuh berjemaah bersama Cikgu Azizi bin Zainol.Selepas solat, Ustazah  Rozita binti Kamis memberi ulasan tentang aktiviti semalam sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.Pada pukul 7.00 pagi, Senamrobik dijalankan dibawah bimbingan Cik Siti Fatimah binti Johari dan Pn Siti Azlina binti Mat Isa.Sementara menunggu sarapan pagi,menu bihun goreng dan minuman teh o, para pelajar dibenarkan pulang ke khemah untuk mengemaskan pakaian.

Slot terakhir Latihan Dalam Kumpulan (LDK 3) bertajuk Ikhtiar Hidup iaitu pertandingan memasak.Pertandingan dikendalikan oleh Pn Maisarah binti Ahmad dan Cik Amy Saliha binti Kamarudin. Setiap kumpulan dikehendaki memasak 3 jenis menu, iaitu sambal sardine, telur dadar @ telur mata@ telur hancur @ telur rebus,serta sayur campur kobis,lobak merah bersosej, dan ikan kembong mengikut kreativiti masing-masing.Semua bahan-bahan talah disediakan dan setiap kumpulan dibimbing oleh guru dan pembantu pengurusan murid yang telah ditetapkan.Masa yang telah ditetapkan adala 2 jam 30 minit untuk menyiapkannya.Pertandingan diadili oleh juri masakan iaitu Pn Sarina binti Hashim dan Pn Norhasnizar binti Khabi berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Selepas siap menyiapkan menu, sementara menunggu para juri mengadil ,setiap kumpulan dikehendaki membasuh dan mengemas perkakas yang mereka gunakan serta kawasan persekitaran. Keputusannya, pemenang tempat pertama pertandingan memasak dimenangi oleh kumpulan 1 iaitu kumpulan Norazwan bin Othman.Hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu En Roslan bin Othman. Manakala hadiah tempat kedua dan ketiga disampaikan oleh Pn Norhasnizar binti Khabi,dan hadiah saguhati kepada semua pelajar disampaikan oleh Pn Sarina binti Hashim.

Kemudian ,setiap kumpulan menjamu selera dengan nasi putih bersama lauk-pauk yang mereka telah sediakan.Selepas makan ,para pelajar dikehendaki membuka dan menyimpan khemah serta berkemas untuk balik.Program bersurai pada pukul 1.00 tengahari.

Harapan daripada semua guru, aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar pendidikan khas untuk mendalami ilmu serta menimba sebanyak mana pengalaman yang ada. Pengajaran yang berlaku di luar bilik darjah juga merupakan pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

                                  LAMPIRAN  AKTIVITI BERGAMBAR

              Megat Faris Hanif, Muhammad Nazeri, Xian Er sedang mendirikan khemah.

                                            Pelajar berehat setelah siap menaikkan khemah



                                   Pelajar berposing dihadapan khemah yang telah siap didirikan.



                       Cg Chan sedang mengukur 2 orang pelajar yang mempunyai tangan yang pendek.



                Para pelajar mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Amin .



                            Ragam para pelajar ketika melakonkan reaksi menunggang motosikal



                                        Hasil kreatif oleh pelajar dalam aktiviti pakaian beragam



                                                                Aktiviti ‘Night Walk’



                                       Pertandingan memasak antara pelajar didalam kumpulan



                                                      Pemenang pertama aktiviti memasak

Sunday, November 24, 2013

LAPORAN KARNIVAL WOODBALL PENDIDIKAN KHAS SMK ARAU TAHUN 2013
TARIKH: 7 NOVEMBER 2013 (KHAMIS)
TEMPAT : STADIUM DATO’SHEIKH AHMAD , KANGAR PERLIS
MASA : 7.40 PAGI – 1.00 TENGAH HARI

Pada 7 November 2013, telah diadakan Karnival‘Woodball’ di Stadium Dato’Sheikh Ahmad, Kangar Perlis.Seramai 55 orang pelajar, 10 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan murid telah mengikuti aktiviti ini.Pelajardan guru bertolak ke Stadium Dato’ Sheikh Ahmad mengunakan bas dansebuah van sekolahpada jam 8.00 pagi dan tiba disana pada jam 8.30 pagi.
Seterusnya, bagi memudahkan lagi perjalanan Karnival‘Woodball’pada hari tersebut, maka para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu 2 kumpulan‘High Function’, dan 3 kumpulan‘Low Function’.Setiap kumpulan dibimbing oleh 2 orang guru dan pembantu pengurusan murid untuk memudahkan perkiraan ‘par’ dijalankan.Para pelajar bergerak berkumpulan mengikut guru masing-masing.Pertandingan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi.
Sebelum memulakan permainan‘Woodball’, para pelajar diarahkan untuk melakukan sedikit senaman meregangkan anggota badan terutamanya pergelangan tangan bagi mengelakkan kecederaan sewaktu bermain‘Woodball’ .PnNorhasnizar memberi penerangan tentang peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pengelola dan undang-undang‘Woodball’ .Beliau juga menjelaskan tentang system pertandingan, kaedah permainan serta perbuatan melanggar undang-undang ketika melakukan pukulan dan hukuman.
Pertandingan Woodball berhenti rehat pada pukul 10.00-10.40 pagi. Kemudian meneruskan pertandingan dilaluan yang masih belum dihabiskan.Kumpulan‘High Function’dikehendaki menghabiskan 3’ fairway’ , manakala kumpulan’ Low Function’ 2 ‘Fairway’ . Sistem pertandingan dibahagikan kepada 2 iaitu pertandingan pukulan dan pertandingan laluan.Pertandingan pukulan iaitu peserta yang melakukan pukulan yang tersedikit untuk 12 ‘Fairway’adalah pemenang, manakala pertandingan laluan apabila peserta memenangi lebih banyak ‘Fairway’ daripada 12 ‘Fairway’dengan ‘par’ yang tersedikit adalah pemenang.
Keputusannya, pemenang ‘Woodball’bagi kategori ‘High Function’ dimenangi oleh Mohd Danial Iman bin Suiet dengan 20 ‘par’dari kumpulan Cikgu Pengiran Shuib dan Cik Nur Afnie, manakala tempat kedua dimenangi oleh Mohd Tarmizi bin Rosidan dengan 24 ‘par’ dari kumpulan Cikgu Amy Saliha dan Puan Sharifah Hanita.Bagi kategori ‘Low Function’ pula, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Syakirim bin Rambeli dengan mendapat 18 ‘par’ dari kumpulan Cikgu Siti Fatimah binti Johari dan Cik Suhaina binti Kassim,manakala tempat kedua dimenangi oleh Abas bin Wahab dengan mendapat 19 ‘par’juga dari kumpulan Cikgu Siti Fatimah binti Johari dan Cik Suhaina binti Kassim.Pelajar-pelajar lain turut mendapat hadiah sagu hati diatas penglibatan mereka.Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu En Roslan bin Othman.
Karnival‘Woodball’berhenti pada jam 12.00 tengahari. Semua pelajar dan guru bertolak pulang ke Sekolah Menengah Kebangsaan arau pada jam 12.00 tengahari dan tiba pada jam 12.30 tengahari.Secara keseluruhannya, hampir semua pelajar yang mengikuti aktiviti ini berjaya melakukan ‘par’. Disamping, meningkatkan kecerdasan fizikal para pelajar serta meningkatkan kemahiran motor kasar para pelajar diharapkan juga aktiviti sebegini akan menimbulkan keyakinan diri yang tinggi dikalangan pelajar pendidikan Khas.
                Para pelajar sedang mendengar pembahagian kumpulan oleh Pn.Norhaslizar bt Khabi

            Muhammad Nurul Hidayat sedang cuba memasukkan bola woodball ke dalam gol (woodball)
Aksi Sulisa A\P Kran membawa bola woodball di fairway' 11
 Pelajar kusyuk mendengar keputusan pertandingan (woodball) yang akan diumumkan oleh Pn.Norhaslizar    binti Khabi setelah penat bermain Stadium Dato'Sheikh Ahmad.
 Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball) Mohd Danial Imran b. Suiet dengan 20 par    kategori (High Function)
 Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball)Mohd Tarmizi bin Rosidan dengan 24 par        kategori (High Function)
 Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball)Mohd Syakirim bin Rambeli dengan 24 par      kategori (Low Function)
 Pemenang tempat pertama pertandingan Karnival (Woodball)Abas bin Wahab dengan 24 par kategori  (Low Function)

Monday, November 11, 2013

KOSMO! ISNIN 28 OKTOBER 2013

Pencapaian terbaik Abdul Halim meraih pingat Emas acara lompat jauh kategori F38 dalam temasya Sukan Para Remaja Asia 2013 yang berlangsung di Bukit Jalil , Kuala Lumpur. Jurulatih Malaysia , Asrul Abdul Rashid mengatakan bahawa atlet terbabit mampu melangkah jauh jika mendapat latihan serta pendedahan yang secukupnya.





Bergambar meraikan kemenangan bersama Yang Berhormat Senator Khalid bin Ahmad


Bergambar bersama Pengetua SMK Arau, Tn Hj.Azni bin Man




Pada 1 November 2013 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Graduasi untuk enam orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang akan menamatkan persekolahan pada tahun 2013. Pelajar tersebut adalah

  • Abdul Halim bin Badruddin
  • Khodijah binti Hussin
  • Sulisa A/P Kran
  • Nur Farahdilla binti Kassa
  • Amirul Hafizi bin Abdullah
  • Nurshazlina binti Zainol
Penyampaian sijil disampaikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas , En Roslan bin Othman.









Saturday, November 2, 2013

Tarikh:24 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat:Bangunan PPKIBP SMK ARAU,Perlis

           Pada 24 Oktober 2013 (Khamis)PPKIBP SMK Arau, Perlis telah dilawati oleh rombongan dari SMK Raja Muda Musa Teluk Intan,Perak. Rombongan ini melibatkan pelajar-pelajar pendidikan khas seramai 27 orang,9 orang guru pengiring dan pembantu pengurusan murid. Rombongan bertujuan untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun di PPKIBP SMK Arau dan bertukar-tukar fikiran untuk penambahbaikan bagi program masing-masing.



 Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Cik Amy Saliha binti              Kamarudin
                         Taklimat dan tayangan multimedia PPKIBP SMK Arau


Pelajar-pelajar PPKIBP SMK Arau sedang bermain alat muzik yang dipimpin  oleh Cikgu Chan Bee Chin.



Guru dan pelajar SMK Raja Muda Musa mencuba menghias pizza dengan meletakkan mayonis dan sos cili.
 Penyerahan cenderahati daripada wakil guru SMK Raja Muda Musa kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Arau En .Roslan bin Othman


Bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar MPV PPKIBP SMK Arau dengan rombongan dari SMK raja Muda Musa,Teluk Intan Perak.
Bergambar kenangan bersama Penolong Kanan Pendidikan Khas En.Roslan bin Othman, guru-guru, pembantu pengurusan murid PPKIBP SMK Arau dengan guru – guru serta pembantu pengurusan murid SMK Raja Muda Musa Teluk Intan ,Perak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...